Tuesday, June 14, 2011

DOSA KELUARGA


dosa keluarga...


Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka disebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.

Sumber: blog ustaz nor amin
SUMBER:http://scripters.ning.com/forum/topics/dosa-keluarga

Boleh kah berubah? suami yang ego, alim ‘kucing’, curang dan buat maksiat

Boleh kah berubah? suami yang ego, alim ‘kucing’, curang dan buat maksiat

3468342231214m.jpg

Saya sering membaca artikal Prof dalam BH. terutama tentang suami dengan kerenah isteri pd 11 0gos yang lalu. Artikal ini mengharukan saya walapun saya pernah membaca kisah-kisah ini sebelumnya. Masalah saya, bagaimana untuk menyedarkan suami saya yang ego, alim kucing, sukar berbincang, unpredictable, tidak pernah insaf ? berkali-kali curang, bermaksiat, berkaraoke, sms cinta dengan wanita lain. Dlm masa yg sama , ke surau , berjemaah dgn anak2 dan menyuruh belajar rajin2 dan buat yg baik2.


Kini bila dikesan curang lagi, saya merajuk & berpindah bilik kerana kecewa & utk dapatkan penjelasan, agar dipujuk, agar dia insaf. Malangnya dia terus ambil kesempatan untuk jadi lebih teruk, keluar malam & out station & ke mana2 tanpa beritahu dan terus membisu. Saya cuba berdamai dan memohon maaf. Dia enggan memaafkan saya , tak benarkan tidur bersama & mengunci bilik.

Wajarkah? sdgkan ini rumah saya, dan makan pakainya masih saya uruskan, wang belanja pun dia abai (sejak dulu sbb dia kata saya gaji besar.)Saya kecewa sbb dah berbelas tahun bersabar, malu kerana dah ke Mekah, dah tua (50>) tapi tak insaf. Nasihat keluarga dan anak2 tak dipeduli.


Persoalannya: Bagaimanakah amalan saya? takut tak diterima Allah kerana tak dpt keredaan dari suami. Tapi saya dah minta maaf walaupun dia tetap dgn tabiat buruknya ! Untuk ke Pej. Agama (dekat rumah) takut dia malu kerana kedudukannya. Ugutannya, “tunggu I pencen u tau la”, ” I tunggu U halau”, “Tunggu.. bila I nak kawin I bagitau “, sangat2 menyakitkan hati saya. Emosi dan kerja terganggu. Dia benar2 berubah sdgkan dia yang mencintai I separuh mati di U dulu. Ini gantung tak bertali dlm rumah?
apa nak buat utk sedarkannya agar dia dan saya tak berterusan berdosa.

Jawapan:


Dunia ini merupakan pentas ujian. Tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang terlepas dari diuji. Hanya bentuk ujian saja yang berbeza.

Berkaitan dengan masalah yang puan kemukakan, ada beberapa cadangan yang boleh difikirkan:


Telah menjadi sunnah Allah, segala perubahan adalah bermula dari dalam diri kita sendiri.

Firman Allah bermaksud: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu ni’mat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Al-Anfal:53


Sehubungan dengan itu, puan perlu melakukan muhasabah diri dengan tulus ikhlas. Perhatikan apakah puan telah menunaikan segala tanggungjawab puan terhadap Allah, Rasul, ibu bapa, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, masyarakat, negara, saudara-saudara seagama seluruhnya, termasuk juga tanggungjawab terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain.
Kadang-kadang kecuaian kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita terhadap pihak lain dibalas dengan kecuaian orang lain terhadap hak-hak diri kita.


Ambillah kesempatan waktu suami tidak mahu tidur sebilik dengan kita untuk bermunajat, berdoa dan memohon ampun kepada Allah di atas segala kesilapan dan dosa kita terhadapNya dan makhluk-makhluk-Nya. Bila kita telah tunaikan hak Allah dan makhluk-Nya (sekadar yang termampu oleh kita), insya Allah, hak kita akan ditunaikan-Nya pula.

Nafkah dan layanan baik adalah sebahagian daripada tanggungjawab suami terhadap isteri yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran. Isteri sememangnya berhak untuk memperolehinya.
Sebab itu para ulamak berpendapat sekiranya hak tersebut tidak diberi dengan sewajarnya maka isteri diberi dua pilihan: Pilihan pertama: membuat tuntutan supaya ikatan perkahwinan ditamatkan. Memanglah perceraian merupakan satu mimpi ngeri yang tidak sanggup dibayangkan oleh kebanyakan wanita. Ramai yang lebih suka memilih untuk menanggung derita di dalam rumahtangga daripada berfikir untuk bercerai.

Pilihan yang kedua ialah:
Bersabar. Jika kita bersabar insya Allah ganjarannya amat besar sebagaimana disebutkan di dalam artikel yang disiarkan.
Untuk merawat kerisauan yang dialami, puan boleh menceburkan diri di dalam aktiviti yang berfaedah. Sertailah pertubuhan-pertubuhan dakwah, sosial atau kebajikan. Dengan ilmu yang ada pada puan banyak sumbangan yang boleh diberikan bagi membantu masyarakat yang sememangnya mengalami pelbagai masalah yang jauh lebih kronik dan mencemaskan sebagaimana yang sering dilaporkan di media massa. Kita menolong saudara kita, insya Allah Dia akan menolong kita pula.
Diharapkan cadangan-cadangan yang dikemukakan di atas dapat membantu puan untuk berfikir mencari penyelesaian yang sebaik-baiknya. Dan yang paling utama dari segala-galanya ialah doa. Sesungguhnya hati manusia adalah milik Allah s.w.t. Hanya Dia yang berkuasa mengubahnya. Jadi jangan berputus asa dalam berdoa.


SUMBER-http://nursyirah.wordpress.com/2008/02/29/boleh-kah-berubah-suami-yang-ego-alim-kucing-curang-dan-buat-maksiat/

Friday, June 10, 2011

WANITA WANITA MULIA

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah hadits:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا وَأَحْصَنَتْ فَرْجَهَا دَخَلَتْ جَنَّةَ رَبِّهَا مِنْ أَبْوَابِهَا شَاءَتْ

“Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktunya, ia menaati suaminya dan menjaga kemaluannya, niscaya ia akan masuk ke dalam surga Rabbnya dari pintu mana saja yang ia inginkan.”
Hadis Riwayat: Ibnu Hibban dalam Shahih-nya

Dikalangan kita dah dimaklumkan setiap dosa dan pahala yang akan kita tempuhi.Tetapi dikalangan kita sekarang ini tidak lagi mengambil berat tentang dosa pahala.bagi mereka hidup dimuka bumi ini hanya ingin happy @ gembira sahaja.mereka tidak fikir tentang azab yang akan mereka hadapi diakhirat kelak.Anda dapat lihat orang sekeliling anda sendiri..

Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

ssumber:http://muslimahsuper.blogspot.com/2010/08/ciri-ciri-wanita-solehah.html

ANTARA LUAHAN ISTERI

LUAHAN ISTERISep 8, '07 3:02 PM
for everyone
1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing- berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dsbnya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan kepala batu).

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak juga yang rugi!

sumber:http://mistribikerz.multiply.com/journal/item/7