Sunday, September 18, 2011

Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik

Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:-
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

sumber:http://whenmayend.blogspot.com/2010/08/tips-menjadi-ibu-bapa-terbaik.html

Isteri yang terbaik

  1. Isteri yang baik akan berusaha untuk tidak melakukan dosa.. kerana mengetahui setiap dosa yang dilakukannya akan ditanggung oleh suami..oleh itu tidak mahu suaminya menjadi penduduk tetap neraka diakhirat kelak.
  2. Menjaga aurat..batas2..dalam berpakaian..(dalam hal ni.. aurat yang berlebihan yang melampau..seksi giler sehingga menaikkan nafsu lelaki lain..)
  3. Sentiasa menjaga makan pakai suami.. tp kalau dapat suami yang jenis pandai memasak.. beruntung la kan.. tp jgn sekali kali ketika memasak dengan perasaan terpaksa atau menyumpah seranah semasa mengoreng2..sayur..atau mengacau gulai..hehe..
  4. Menjaga hati suami.. ini sgt penting. sekali kata-kata kita yg boleh menguris hati suami..atau menitikkan air matanya... tidak akan bau syurga la kita..kena ingat syurga isteri dibawah tapak kaki suami.. apa salah kalau 1 hari sekali.. anda mengirim sms.. dengan menaip "I LUV U ABANG".. "I MISS U SYG"..baru brp sen.. itu sudah cukup untuk mengindahkan sepanjang hari suami anda.. percayala..
  5. Menjaga perilaku.. dengan tidak terkinja-kinja di disko..atau kelab-kelab malam..ade byk lagi cara untuk "girls day out" untuk isteri-isteri diluar sana.. pergi becuti di pusat peranginan ke..membeli belah di mall ke.. bergosip atau bercit-cat di rumah sambil menonton dvd ke..rase nye lagi seronok..
  6. Bagi yang mempunyai anak.. pasti akan mendidik tingkah laku anak..untuk menjadi anak yang sopan.. anak yang soleh dan solehah.. yg paling penting.. anak yang dilahirkan itu..apabila mereka besar kelak..akan sentiasa menjaga kebajikan kite dimasa tua nnt..takkan kita ibu bapa ingin anak tersayang menghantar kita ke pusat jagaan orang-orang tua..anak2 akan menjadikan ibubapa sebagai role model..kalau baik perilaku ibu bapa..maka insyallah akan baiklah perilaku anak2 nya.
  7. Sentiasa ade give n take.. n memahami situasi dan keadaan suami.. berbincang terlebih dahulu dalam membuat satu keputusan yang besar..jgn bertindak berani sendiri..minta restu untuk melakukan sesuatu perkara yang rasakan perlu



p/s: Semua tulisan diatas sekadar pendapat dan nukilan diri ini sahaja..bagi mereka yang terguris dengan hasil tulisan diatas.. ku hulur ribuan maaf


sumber:http://shykin.blogspot.com/2010/01/isteri-yang-terbaik.html