petikan daripada internet yang mengandungi nasihat nasihat untuk kerukunan hidup berumahtangga. SILA LAYARI LAMAN http://weddingpengantin.blogspot.com untuk melihat koleksi gambar pengantin muslimah . Sumbangan BUTIK PENGANTIN COMEL, KUANTAN
Saturday, September 18, 2010
Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz (Derhaka)
Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.
Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.
Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.
Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
Enggan tinggal serumah dengan suami.
Keluar rumah tanpa keizinan suami.
Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
Menjauhkan diri daripada suami.
Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
Tidak memelihara kehormatan.
Tidak menjaga amanah suami.
Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.
Tidak memberikan nafkah kepada anak.
Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
Tidak memelihara kehormatan isteri.
Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.
Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.
Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan
sumber_http://ustaznaim.blogspot.com/2009/06/tanda-tanda-suami-dan-isteri-yang.html
Friday, September 17, 2010
60 Petua Mendapatkan Pasangan
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
sumber:http://feryco.com/60-petua-mendapatkan-pasangan
Tuesday, August 10, 2010
Isteri Agresif Disayang Allah
Wanita solehah ialah wanita penghibur suami. Merekalah sebenarnya WANITA PENGHIBUR dan isteri yang paling pandai melayani suaminya, dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta yang sebenarnya. Sehingga hati suami selalu merindukannya dan tidak mau berpisah dengannya walaupun sekejap.
Namun bagaimana untuk menjadikannya kenyataan? Apa yang perlu dilakukan oleh isteri? Mudah saja! Satu daripadanya ialah dengan mengukir SENYUMAN.
GINCU yang paling indah bagi isteri ialah SENYUMANNYA yang MANIS menghiasi bibir.
Celak yang paling indah menghiasi sepasang matanya ialah pandangan yang MESRA dan LEMBUT.
PAKAIAN paling cantik yang dipakainya ialah KELEMBUTAN dan KEHALUSANNYA.
Dan WEWANGIAN paling harum yang dikenakanya ialah KEBERSIHANNYA.
Alangkah baiknya jika sang isteri menggunakan senyumannya yang manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajahnya yang berseri-seri terutama sekali ketika mengiringi kepergian suami tersayang ke muka pintu, apabila suami hendak keluar rumah dan apabila menyambut kepulangannya.
Rasulullah SAW pernah memberitahu Sayidina Umar .R.A yakni tentang HARTA yang PALING BAIK di dunia ini ialah ISTERI yang SHOLEHAH dan satu daripada CIRI isteri yang solehah kata Rasulullah SAW ialah yang MENGGEMBIRAKAN suaminya apabila suami MELIHAT ke arahnya.
Apabila suamihanya memandang wajah isterinya yang menghantar dan menyambutnya di muka pintu dengan senyuman manis, wajah yang dihiasi cantik untuk suaminya (tidak comot), rasa lapang hati dan gembira tidak terkata. Hilang segala rasa letih, lapar, dahaga dan tekanan perasaan. Semuanya hilang disebabkan mujarabnya SENYUMAN isteri yang diiringi KATA-KATA yang LEMBUT dan MANJA menusuk kalbu. Ini yang menyebabkan hati suami tertawan dan segera pulang ke rumah, bukan karena takut isteri yang ‘Queen Control’ sehingga suami akan pergi kerja pun harus membawa jam beker sebab takut terlewat pulang kena marah dengan isteri. Isteri begini tak masuk booklah..!
Coba kita bayangkan ketika hendak menaiki dan turun dan kapal terbang. Ada beberapa pramugari yang ditugaskan untuk menyambut kita di muka pintu, dengan senyuman yang manis mengucapkan selamat datang, selamat pagi, terima kasih dan sebagainya. Kita berasa sungguh BAHAGIA apabila disambut dan dilayan sedemikian rupa. Apatah insan yang bergelar suami yang mendapat layanan yang paling istimewa dari isterinya yang tercinta. Hati suami akan gembira tidak terperi.
Mari kita betapa pentingnya untuk isteri mengiringi kepergian suami ke muka pintu apabila suami hendak keluar rumah dan menyambut kepulangannya dengan senyuman:
1) Sebagai SEMANGAT dan MOTIVASI kepada suami yang keluar mencari nafkah dan berasa letih apabila selesai bekerja. Kajian mengatakan : “suami yang mendapat belaian dan perhatian daripada isterinya akan cemerlang di tempat kerjanya dan di tengah masyarakat.”
2) MERAPATKAN hubungan antara suami isteri dan menerbitkan rasa RINDU ingin segera bertemu.
3) Suami merasakan dirinya DIHARGAI dan DISAYANGI.
4) Timbul perasaan SALING MEMPERCAYAIi anatara satu sama lain.
5) Turunnya RAHAMAT dan KEBERKAHAN dari Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh rasa cinta-kasih) maka Allah SWT menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Jika suami membelai tangan isterinya maka dosa mereka jatuh berguguran di celahan jari-jari tangan mereka”. (Riwayat Maisarah bin Ali daripada Abu Said Al-Khudri)
6) Senyuman adalah rahsia AWET MUDA. Kajian mengatakan apabila seseorang itu senyum, dia menggunakan 14 otot di mukanya dan ini adalah rahasia awet muda. Manakala apabila seseorang itu bermasam muka, dia telah menggunakan 72 otot di mukanya dan ini adalah penyebab ‘cepat’ tua.
7) Senyuman mendapat pahala SEDEKAH, ditambah dengan pahala melayani suami yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa-siapa wanita yang menunggu suami pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya, menyediakan makanannya, merenung suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangannnya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya kepada suaminya karena mencari keridhoan Allah SWT, maka dituliskan baginya tiap-tiap kalimat ucapannya, tiap-tiap langkahnya, tiap-tiap renugannya kepada suaminya sebagai pahala memerdekakan seorang hamba”. (Riwayat Ibnu Mas’ud)
Sumberi: DSH (Dakwah Sepanjang Hayat)
petikan:http://mohdjohadi.com/tips-perkahwinan/isteri-agresif-disayang-allah/
Wednesday, July 7, 2010
Apa Yang lelaki Suka Dan Tidak Suka Pada Wanita
Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya
petikan:http://www.esempoi.com/artikel/tips-untuk-wanita/apa-yang-lelaki-suka-dan-tidak-suka-pada-wanita/
Friday, June 25, 2010
Antara Kesalahan Lelaki (Suami)
1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah
2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua
3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri
4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri
5. Meremehkan kedudukan isteri
6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri
7. Memakan Harta isteri secara batil
8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya
9. Bersikap pelit terhadap isteri
10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi
11. Banyak mencela dan mengkritik isteri
12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri
13. Banyak bersengketa dengan isteri
14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas
15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga
16. Interaksi yang buruk dengan isteri
17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri
18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri
19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan
20. Menyebarkan rahsia ranjang
21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan
22. Menggauli isteri ketika haid
23. Menggauli isteri pada duburnya
24. Memukul isteri tanpa alasan
25. Kesalahan tujuan poligami
26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri
27. Terburu-buru dalam urusan Talak
28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian
29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya
30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri
31. Kurang setia terhadap isteri
32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain
petikan drp:Zaharuddin.net's Notes
Thursday, June 24, 2010
Petua-petua Menambat Hati Suami
Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.
39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
admin: emm..asyik 2 jaga hati suami..bila nk jaga hati isteri pula..tk pelah..syurga kan di bwh telapak kaki suami..( tp kalu kaki bau cagu camner yek..hehehe..)
petikan: http://www.pengantin.com.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=52
Monday, June 21, 2010
100 ciuman suami vs 100 ciuman isteri

Sang suami yang bekerja di luar negeri menulis surat kepada isterinya:
Dear Sweetheart,
Abang tidak dapat menghantar duit perbelanjaan bulan ini kerana abang telah kehabisan duit. oleh itu abang hantarkan sahaja 100 ciuman untuk sayang.
Muahhhhhhhhhhh X 100.
Yang Benar,
Suami mu.
———————-
Isterinya Membalas*
Sweetheart Dearest,
Terima kasih kerana menghantar 100 ciuman. ini adalah senarai perbelanjaan dinda dengan 100 ciuman tersebut:
1. Ramachandran penghantar susu bersetuju untuk menghantar susu percuma dengan 2 ciuman.
2. Tukang elektrik hanya bersetuju selepas ditawarkan 7 ciuman.
3. Tuan rumah datang amik 20 ciuman untuk menggantikan bayaran sewa umah.
4. Toke supermarket tidak menerima ciuman.. jadik saya kasi la yang lain (harap abang memahami)
5. Lain2 kegunaan 40 ciuman.
Jangan risaukan tentang dinda kerana dinda masih mempunyai balance ciuman. Dinda harap dapat menggunakan baki ciuman untuk kegunaan bulan ini. Adakah bulan hadapan juga kanda akan melakukan perkara yang sama, sila beri nasihat..
yang benar
Isterimu.
sumber : email
petikan :http://www.rahsiaperkahwinan.com/2010/04/teknik-ciuman-suami-isteri.html