Thursday, January 29, 2009

Petua petua kahwin

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

· Sentiasa berdoa agar disayangi.

· Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

· Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

· Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

· Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

· Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

· Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

· Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

· Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

· Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

· Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

· Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

· Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

· Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

· Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

· Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

· Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

· Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

· Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

· Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

· Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

· Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

· Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

· Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

· Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

· Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

· Sentiasa lakukan ibadah bersama.

· Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

· Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

· Urut belakang isteri sekali sekala.

· Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

· Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

· Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

· Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

· Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

· Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

· Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

· Lebihkan isteri daripada anak-anak.

· Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

· Seeloknya masuk tidur serentak.

· Belai isteri sebelum pergi kerja.

· Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

· Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

· Lakukan riadah bersama isteri.

· Pergi berkelah sekali sekala.

· Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

No comments:

Post a Comment