Tuesday, December 22, 2009

Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka

Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya." (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis."

Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.

10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Fatimah, adapun tentang;

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."

Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.

2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.

3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu". Beliau berkata: "Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku". -- (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya".

Diceritakan dari Aisyah r.a.: "Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid". Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid".

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya."

Isteri tidak wajib taat suruhan dan arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukurn Allah s.w.t.

Imam Al-Ghazali menegaskan: "Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat."


petikan:http://inmind.itgo.com

Sunday, December 20, 2009

SUAMI KENA BACA NI..

Cara-Cara Memuji Sang Isteri

Kajian menunjukkan puji-pujian yang diberi dengan ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada penerimanya. Orang-orang yang tidak suka memuji orang lain pun, apabila dia sendiri dipuji, dia pun berasa seronok juga.

Selama ini perbuatan memberi puji-pujian dianggap oleh kebanyakan orang sebagai perbuatan yang kurang baik. Ia dianggap begitu kerana di sebalik puji-pujian itu dikatakan selalu ada udang di sebalik batu, ataupun ada niat mengampu. Oleh itu perbuatan memuji-muji dianggap salah kerana tujuannya adalah manipulatif, atau memutar-belit orang yang diampu. Barangkali inilah faktor yang menyebabkan kita takut hendak mengucapkan puji-pujian secara terus terang dan terbuka. Kita takut dituduh ada udang di sebalik batu. Memang benar, amalan menggunakan puji-pujian untuk mengampu dan memutar-belit orang lain adalah amalan yang banyak berlaku.

Namun, pakar-pakar yang membuat kajian ke atas tingkah-laku mengampu mengatakan kita semua pernah mengampu serta memutar-belit orang, dan kita juga pernah menjadi mangsa kepada perbuatan mengampu dan putar-belit orang-orang lain ke atas diri kita. Biasanya, apabila kita memutar-belit orang, kita sendiri tidak perasaan bahawa kita sedang memutar-belit orang itu.

Tujuan utama mengapa kita mengampu dan memuji-muji ialah supaya orang yang kita puji-puji itu suka kepada kita, dan dengan cara itu kita berharap kita dapat mempengaruhinya.

Pada masa ini banyak terdengar seruan supaya suami-suami jangan berat mulut hendak memuji isteri. Dikatakan bahawa puji-pujian suami akan menyukakan hati isteri. Dengan itu isteri yang banyak menerima pujian akan berasa bahagia. Dikatakan juga, puji-pujian suami akan menambahkan lagi cinta dan kasih sayang isteri yang sedia ada.

Memang sudah disahkan oleh pakar-pakar bahawa biasanya puji-pujian dapat menyukakan hati isteri. Tetapi bolehkah puji-pujian membuat isteri bertambah cinta kepada suaminya? Lebih penting lagi, dapatkah puji-pujian dari suami membuat isteri menukar tingkah-laku, perangai, sikap dan pemikirannya negatif kepada yang lebih positif?

Pujian tidak sentiasa membuat orang yang dipuji berasa seronok. Perbuatan memuji-muji boleh menimbulkan kesan-kesan negatif kepada orang yang dipuji. Pertama, puji-pujian boleh membuat orang yang dipuji berasa dirinya terperangkap di dalam keadaan yang serba-salah, oleh itu dia tidak suka dengan pujian itu. Kedua, puji-pujian mungkin tidak disukai oleh si penerimanya kerana, secara tersirat, apabila dia dipuji, itu seolah-olah selama ini dia tidak bagus. Kalau orang itu memuji hasil kerjanya, orang yang dipuji mungkin berasa seolah-olah sebelumnya, dia disyaki tidak akan membuat kerja itu dengan baik. Ketiga, selepas mendengar puji-pujian itu, orang yang dipuji mungkin mulai risau kerana dia sedar dirinya sedang diperhatikan oleh si pemuji.

Di dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu pujian itu dianggap ikhlas ataupun cuma mengampu sahaja oleh orang yang dipuji? Ini terpulang kepada bagaimana orang yang dipuji menerima dan mentafsirkan pujian itu.

Katakanlah, seorang suami memuji-muji lauk yang dimasak oleh isterinya. Apakah yang mungkin terjadi?

Pertama, si isteri mungkin menyangka suaminya memuji-muji lauknya dia kerana "ada undang di sebalik batu" iaitu suaminya menghendaki sesuatu daripadanya. Jika itulah tafsiran si isteri, pujian si suami bukannya membuat si isteri suka hati malah ia boleh menyakitkan hatinya. Dalam keadaan begitu, pujian si suami tidak membuat si isteri bertambah kasih kepada suaminya. Mungkin si isteri rasa menyampah pula.

Kedua, si isteri mungkin menyangka memang tabiat suaminya sangat murah dengan puji-pujian kepada sesiapa sahaja. Jadi, si isteri tidak berapa seronok dengan pujian itu kerana dia tahu suaminya tidak memilih-milih orang apabila memuji. Pujian begini tidak membuat si isteri berasa dirinya istimewa, oleh itu dia tidak bertambah kasih kepada suaminya akibat diberi pujian itu.

Ketiga, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah sebahagian daripada adab dan sopan yang selalu diamalkan oleh suaminya. Memanglah sopan bagi seseorang suami memuji isterinya apabila dia masak sendiri. Akibatnya, si isteri tahu bahawa suaminya memang seorang yang sopan dan baik budi bahasa. Tetapi suaminya memang akan memuji sesiapa sahaja apabila keadaan menghendaki dia memberikan pujian. Pujian jenis ini pun tidak boleh membuat seseorang isteri bertambah kasih kepada suaminya.

Keempat, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah putar belit suaminya mahukan supaya dia terus-menerus rajin memasak. Akibatnya si isteri berasa pujian itu bersifat manipulatif, tidak ikhlas, iaitu bertujuan memutar belit dirinya. Pujian jenis ini boleh membuat si isteri meluat kepada suaminya.

Kelima, si isteri mungkin menyangka suaminya cuma hendak menyukakan hatinya sahaja, bukannya betul-betul kerana lauk yang dimasaknya sedap. Si isteri juga mungkin menyangka suaminya memujinya kerana tidak mahu melukakan perasaanya. Akibatnya si isteri berasa suaminya adalah seorang yang sangat baik hati, dan dia "seronok sedikit" mendengar pujian itu.

Keenam, si isteri mungkin berasa suaminya betul-betul ikhlas sewaktu memuji lauknya, jadi dia berasa sangat seronok. Dalam keadaan begini, pujian begitu boleh membuat isterinya bertambah-tambah suka dan kasih kepada suaminya.

Berikut ialah ialah cara-cara memuji isteri bertambah cinta kepada suami.

Yang paling penting ialah: Jangan puji isteri sepanjang masa. Ertinya, jangan puji isteri dari mula baru-baru kahwin. Cara yang lebih baik ialah, mula-mula tunjukkan bahawa kita tidak berapa suka dengan perkara yang hendak dipuji itu. Sebagai contoh, walupun masakannya sedap, tapi kritik sedikit masakannya. Katakanlah karinya itu sedap tetapi terlalu "pekat". Pada lain kali, barulah puji. Pujian seperti ini akan membuat si isteri sangat seronok mendengarnya. Dia boleh bertambah sayang kepada suaminya.

Menurut pakar-pakar psikologi, ada tiga faktor mengapa kita lebih menyukai orang yang mula-mula mengkritik kita tetapi kemudian memuji kita, dibandingkan dengan orang yang memuji kita sepanjang masa.

Apabila dulu orang itu mengkritik kita, tetapi sekarang dia memuji kita pula, perbuatannya itu membuat kita rasa yakin mesti ada sesuatu yang kita buat, atau kita lakukan, yang menyebabkan orang itu mengubah sikap negatifnya kepada sikap positif terhadap kita. Keyakinan itulah yang membuat kita rasa bahawa kita sudah berjaya. Sebagai contoh, kita yakin dulu kita tidak pandai membuat kari kerana dia pernah mengkritik kari kita. Tetapi sekarang kita sudah berjaya membuat kari yang lazat, itu sebab dia memuji kari kita. Kita seronok apabila kita yakin kita sudah berjaya. Apabila kita seronok, kita akan menyukai orang yang menyebabkan kita seronok. Pujian dari orang itu membuat kita suka kepadanya. Jikalau orang itu ialah suami sendiri, alangkah tepatnya.
Apabila dulu orang itu suka mengkritik kita, sikapnya itu membuat kita berasa tidak seronok, bimbang, ragu dan serba salah. Apabila lama-lama kemudian dia memuji kita, semua perasaan-perasaan itu hilang. Jadi, kita rasa seronok. Apabila hati kita seronok, kita akan menyukai orang itu.
Walaupun isteri kita seronok apabila dia kita puji sejak baru-baru mula-mula kahwin lagi, tetapi dia akan lebih seronok lagi apabila dia sangka dia dipuji oleh orang yang sangat cerewet, memilih-milih, kritis, serta lokek dengan pujian. Pendek kata, kalau tak betul-betul bagus, memang kita tak akan memujinya. Jadi, kalau kita berlakon suka mengkritik dia itu-ini, tetapi kemudian kita pura-pura suka kepada apa yang dibuatnya, isteri kita akan yakin bahawa kita seorang yang memilih-milih, cerewet, tak boleh lebih kurang dan cuma mahukan yang terbaik sahaja. Jadi, apabila dia kita puji, dia yakin dia sudah mencapai taraf yang amat tinggi sehingga kita sanggup memujinya. Perasaan itulah yang menyebabkan isteri kita jadi sangat seronok mendengar pujian kita. Pujiannya kita itu akan membuat dia tambah kasih kepada kita.

PETIKAN DRP: ALHELMI.TRIPOD

Thursday, December 10, 2009

BERSEDIAKAN MENGHADAPI SUAMI YANG CURANG

KISAH BENAR
Petikan luahan / respon pempaca drp INTIM.WORDPRESS berkaitan masalah rumahtangga - SUAMI CURANG
1. BENCI Berkata:

fikiran saya lebih bercelaru….apa perasaan awak sekiranya awak mendapat bukti yang suami orang meniduri PEMBANTU RUMAH??? Malah bukan pembantu rumah yang sekarang, yang dulu2 jugak. Bila di tanya dia tak mengaku…suami saya tu..
sembahyang tu tak tinggal, orang kalau sembahyang mencegah perkara2 mungkar, tapi dia nih menjadi-jadi..

Kalau awak di tempat saya, apa yang akan awak lakukan.

2julia Berkata:

sy br 1 1/2 thn kawin tp suami sy dh 3x curang.n kali ni die btul2 bertindak tlalu jauh.x tahu mcmane nk maafkan n terima die balik.nk buang terus,xboleh sbb die suami.n ank sy br umur 6 bln.blom pndai pnggil ‘papa’ pn..hati sy btl2 terluka.tp memikirkan anak,sy jd serba salah..

3 sue Berkata:

saya ni lg la sdh sgt.. suami yg dicintai, dikasihi, disyangi, dsnjungi sanggup menipu dgn cara berkahwin tanpa pengetahuan saya.. kami brumahtangga dah hampir 10 thn tetapi belum dikurniakan anak.. mcm2 cara perubatan tlh dicuba cuma blm buat ivf ja lgi tapi suami tak sabar cari pompuan lain utk dpt anak..saya rasa terhina dan maruah diri tergadai krn dlm masa 5 bulan mereka kawin saya ditipu dan pompuan tu dah mengandung 4 bulan/…hancur luluh hati sya.. suami nak bg saya jga anak dia nanti sbb pompuan tu bkn org baik2..ntah la saya buntu.. saya mcm tak mau tinggal dgn suami lagi walaupun dia masih mnyanyangi sya..dia tak prnh pukul saya.. dia blk tidur dgn saya stipa mlm tapi hati saya terlalu sedih dn terluka diperlakukan begini

**walaupun respon ini sudah lama, tetapi saya percaya, ramai lagi yang di luar sana mengalami masalah yang serupa.Baca dan renungkan. Jika anda rasa ujian anda berat, ada lagi yang lebih berat lagi menanggung ujian drp Yang Esa.Semoga kisah benr di atas menjadi penguat semangat anda dalam menjalani kehidupan bersama yang anada sayangi..Amiin.

NAK BACA LAGI?? ADA BANYAK LASI KISAH YANG BOLEH DIKONGSI. KLIK SINI

CETUSAN RASA

Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..


PETIKAN:\

http://intim.wordpress.com

MENJADI ISTERI KESAYANGAN SUAMI

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .
#####
1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :) .

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .


dipetik drp:

http://ahmadtaufik.wordpress.com

Wednesday, December 9, 2009

WANITA WANITA DI MATA LELAKI

Yang pertama adalah kecantikan yang klasik, anggun, intelektual. Wanita jenis ini biasanya tidak mempunyai warna kecantikan yang amat menonjol, namun biasanya dari pancaran matanya serta gerak dan lekuk tubuhnya yang luwes dan penuh kelembutan akan memberikan ketenangan bagi yang berdekatan dengannya. Sehingga seolah-olah mereka digambarkan rapuh dan ringkih, padahal sebetulnya tidak begitu.

Kecantikan yang kedua adalah kecantikan yang bersifat melindungi, memberikan ketenangan, rasa aman dan kasih seperti seorang ibu kepada anaknya. Jenis ini digambarkan sebagai seorang wanita yang lembut, dan biasanya juga tidak cantik sekali, namun wajahnya nampak sabar (santha) dengan pandangan mata teduh dan bentuk tubuh yang agak tambun, mempunyai buah dada yang besar, pinggul dan pinggang lebar namun menunjukkan adanya kekuatan.

Kecantikan yang ketiga adalah tipe yang sekarang biasa disebut agresif (dalam pengertian yang positif) mungkin sebagai gambaran watak dan sikap remaja-remaja kita saat ini, mereka tidak hanya mau menerima namun juga mampu untuk mengambil sikap dan tindakan yang tegas. Tipe ini memang sangat menarik untuk disimak, mereka selain digambarkan mempunyai bentuk badan dengan lekuk- lekuk yang sempurna (bak gitar Spanyol) luwes namun berotot juga seringkali digambarkan bersikap dinamis tanpa menunjukkan sikap kejam dan semena-mena, berwajah cantik, menunjukkan kecerdasan dari bentuk mata serta pandangannya dan menunjukkan kematangan jiwanya

Yang terakhir atau keempat boleh dikatakan adalah tipe kecantikan yang serba kaku, keras kepala, menunjukkan ke-aku-an yang menonjol, bahkan dalam gerakannya terlihat keinginan untuk diperhatikan. Tipe ini juga nampak garang dan terkesan tidak bisa menyembunyikan apa yang tengah dialami, dan justru inilah daya tariknya.



AWAS: AMARAN UNTUK WANITA

Wanita Berpinggang Lebar Lebih Mungkin Cepat Meninggal!
5- 2008

Ini peringatan bagi kaum wanita yang memiliki lingkar pinggang yang besar. Dibandingkan wanita lainnya, wanita berpinggang lebar, berapapun berat badannya, lebih mungkin meninggal lebih dini karena penyakit jantung dan kanker.

Demikian hasil studi AS yang dilaporkan dalam jurnal medis Circulation seperti dilansir harian Straits Times, Rabu (23/4/2008).

Dalam riset terbaru ini, para periset di Institut Kesehatan Nasional dan Sekolah Medis Harvard menemukan, wanita paruh baya yang berperut gendut dengan garis pinggang 89 centimeter atau lebih, kemungkinan besar akan meninggal akibat penyakit jantung atau kanker.

Para periset meneliti sekitar 44 ribu wanita AS selama 16 tahun. Ternyata mereka yang perutnya ditimbuni lemak berlebihan dua kali lebih mungkin meninggal akibat serangan jantung dibandingkan wanita yang lingkar pinggangnya kurang dari 71 centimeter.

Untuk kematian akibat penyakit kanker, wanita berpinggang besar punya 63 persen risiko lebih tinggi dibandingkan wanita yang lebih ramping pinggangnya.

Hasil studi ini menekankan pentingnya mempertahankan kelangsingan tubuh saat usia menengah.

"Meskipun mempertahankan berat badan yang sehat harus terus dilakukan sebagai pencegahan penyakit kronis dan kematian lebih dini. Namun sama pentingnya untuk mempertahankan ukuran pinggang yang sehat dan mencegah kegemukan daerah perut," kata pemimpin riset Dr Zhang Cuilin.

Kelebihan lemak perut dianggap tidak sehat karena dampaknya pada metabolisme tubuh. Terlalu banyak lemak di daerah perut bakal meningkatkan level kolesterol, yang bisa menyebabkan penyakit jantung dan kanker-kanker tertentu.

Sumber: detikcom