Thursday, April 7, 2011

wangi jadi busuk, penawar jadi racun, alahai

masa bercinta semua manis belaka. indah segala-galanya. tak ada yg buruk. kentut pun wangi, kata org tua-tua. pasangan yg baru berkahwin akan bertolak ansur dalam apa juga keadaan. rela berkorban segala-gala. jiwa dan raga. sikit2...'sayaaanggg abang' atau 'saaaaayangg sayang' hmmm!

bila dah ada satu anak, bukan dua, ya, satu aje...hai mulalah..buat perangai sikit. si lelaki akan sibuk sikit di pejabat. banyak kerja tetiba. balik penat dah nak tolong bancuh susu waktu malam hari pun x boleh. nak salin atau tukar lampin? hisy, itu kan kerja si isteri?
yang si isteri pulak, anak sorang pun sibuk jugak. sampai nak tukar pakai lawa2 pun tak boleh. asyiklah berkain batik dengan t-shirt. dah tu, rambut tocang. muka penuh bedak sejuk. bau? mmm, bau anak dah..bau wangi 'enchanteur' dah tak ada. wakaka...

tapi, begitupun, anak akan makin bertambah walau hubungan menjadi semakin renggang. sehingga ke satu tahap, komunikasi antara suami isteri berkurang dan isteri yg tidak bekerja akan semkin kurang nampak suaminya di rumah sbb suami dah mula pandai sibuk main golf, hehe. bila dah susah nak balik ke rumah, banyaklah yang akan dijumpai di luar rumah, maka bermulalah episod cinta suami yang baru dan sudahnya akan meranalah si isteri bila suami main kayu dua, tiga, empat malah sepuluh pun. aduhai....


dan sekarang jalan mudahnya ialah BERCERAILAH!!!


suami dan isteri ini mula2nya akan berebut hak penjagaan anak2 dan selalunya selepas turun naik ke mahkamah, si isterilah yang akan mendapat hak itu dengan si suami disuruh membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak2.

sumber:http://www.sofipublications.com/2010/10/104-wangi-jadi-busuk-penawar-jadi-racun.html

No comments:

Post a Comment