Tuesday, June 14, 2011

Boleh kah berubah? suami yang ego, alim ‘kucing’, curang dan buat maksiat

Boleh kah berubah? suami yang ego, alim ‘kucing’, curang dan buat maksiat

3468342231214m.jpg

Saya sering membaca artikal Prof dalam BH. terutama tentang suami dengan kerenah isteri pd 11 0gos yang lalu. Artikal ini mengharukan saya walapun saya pernah membaca kisah-kisah ini sebelumnya. Masalah saya, bagaimana untuk menyedarkan suami saya yang ego, alim kucing, sukar berbincang, unpredictable, tidak pernah insaf ? berkali-kali curang, bermaksiat, berkaraoke, sms cinta dengan wanita lain. Dlm masa yg sama , ke surau , berjemaah dgn anak2 dan menyuruh belajar rajin2 dan buat yg baik2.


Kini bila dikesan curang lagi, saya merajuk & berpindah bilik kerana kecewa & utk dapatkan penjelasan, agar dipujuk, agar dia insaf. Malangnya dia terus ambil kesempatan untuk jadi lebih teruk, keluar malam & out station & ke mana2 tanpa beritahu dan terus membisu. Saya cuba berdamai dan memohon maaf. Dia enggan memaafkan saya , tak benarkan tidur bersama & mengunci bilik.

Wajarkah? sdgkan ini rumah saya, dan makan pakainya masih saya uruskan, wang belanja pun dia abai (sejak dulu sbb dia kata saya gaji besar.)Saya kecewa sbb dah berbelas tahun bersabar, malu kerana dah ke Mekah, dah tua (50>) tapi tak insaf. Nasihat keluarga dan anak2 tak dipeduli.


Persoalannya: Bagaimanakah amalan saya? takut tak diterima Allah kerana tak dpt keredaan dari suami. Tapi saya dah minta maaf walaupun dia tetap dgn tabiat buruknya ! Untuk ke Pej. Agama (dekat rumah) takut dia malu kerana kedudukannya. Ugutannya, “tunggu I pencen u tau la”, ” I tunggu U halau”, “Tunggu.. bila I nak kawin I bagitau “, sangat2 menyakitkan hati saya. Emosi dan kerja terganggu. Dia benar2 berubah sdgkan dia yang mencintai I separuh mati di U dulu. Ini gantung tak bertali dlm rumah?
apa nak buat utk sedarkannya agar dia dan saya tak berterusan berdosa.

Jawapan:


Dunia ini merupakan pentas ujian. Tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang terlepas dari diuji. Hanya bentuk ujian saja yang berbeza.

Berkaitan dengan masalah yang puan kemukakan, ada beberapa cadangan yang boleh difikirkan:


Telah menjadi sunnah Allah, segala perubahan adalah bermula dari dalam diri kita sendiri.

Firman Allah bermaksud: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu ni’mat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Al-Anfal:53


Sehubungan dengan itu, puan perlu melakukan muhasabah diri dengan tulus ikhlas. Perhatikan apakah puan telah menunaikan segala tanggungjawab puan terhadap Allah, Rasul, ibu bapa, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, masyarakat, negara, saudara-saudara seagama seluruhnya, termasuk juga tanggungjawab terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain.
Kadang-kadang kecuaian kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita terhadap pihak lain dibalas dengan kecuaian orang lain terhadap hak-hak diri kita.


Ambillah kesempatan waktu suami tidak mahu tidur sebilik dengan kita untuk bermunajat, berdoa dan memohon ampun kepada Allah di atas segala kesilapan dan dosa kita terhadapNya dan makhluk-makhluk-Nya. Bila kita telah tunaikan hak Allah dan makhluk-Nya (sekadar yang termampu oleh kita), insya Allah, hak kita akan ditunaikan-Nya pula.

Nafkah dan layanan baik adalah sebahagian daripada tanggungjawab suami terhadap isteri yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran. Isteri sememangnya berhak untuk memperolehinya.
Sebab itu para ulamak berpendapat sekiranya hak tersebut tidak diberi dengan sewajarnya maka isteri diberi dua pilihan: Pilihan pertama: membuat tuntutan supaya ikatan perkahwinan ditamatkan. Memanglah perceraian merupakan satu mimpi ngeri yang tidak sanggup dibayangkan oleh kebanyakan wanita. Ramai yang lebih suka memilih untuk menanggung derita di dalam rumahtangga daripada berfikir untuk bercerai.

Pilihan yang kedua ialah:
Bersabar. Jika kita bersabar insya Allah ganjarannya amat besar sebagaimana disebutkan di dalam artikel yang disiarkan.
Untuk merawat kerisauan yang dialami, puan boleh menceburkan diri di dalam aktiviti yang berfaedah. Sertailah pertubuhan-pertubuhan dakwah, sosial atau kebajikan. Dengan ilmu yang ada pada puan banyak sumbangan yang boleh diberikan bagi membantu masyarakat yang sememangnya mengalami pelbagai masalah yang jauh lebih kronik dan mencemaskan sebagaimana yang sering dilaporkan di media massa. Kita menolong saudara kita, insya Allah Dia akan menolong kita pula.
Diharapkan cadangan-cadangan yang dikemukakan di atas dapat membantu puan untuk berfikir mencari penyelesaian yang sebaik-baiknya. Dan yang paling utama dari segala-galanya ialah doa. Sesungguhnya hati manusia adalah milik Allah s.w.t. Hanya Dia yang berkuasa mengubahnya. Jadi jangan berputus asa dalam berdoa.


SUMBER-http://nursyirah.wordpress.com/2008/02/29/boleh-kah-berubah-suami-yang-ego-alim-kucing-curang-dan-buat-maksiat/

No comments:

Post a Comment