bila isteri tidak cantik
Salam all;tadi ada kawan bagi link ni about this - bila isteri tidak cantik.
ni saya pastekan.
___________________________
Sekadar hiasan.
Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...
Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....
Aku setuju sangat dengan komen di bawah ni,
[color=navy]Tanpa Nama berkata... [/color][color=navy]Salam YB,
ni jawapan balas bini saya:
nak bini cantik macam model kat luar, laki kena la belanja lebih sikit....
hanto ke pusat slimming/spa supaya bini dapat bentuk badan slim seperti sblm beranak...
belikan baju2/perhiasan yg cantik utk bini...
belikan barangan penjagaan kecantikan utk bini...
dan yg penting...
kena kurangkan kerja rumah utk bini sehingga ke tahap minima yg mungkin...
kalau laki tak mampu tolong, laki la yg kena sediakan pembantu utk bini supaya bini dapat luangkan masa utk belek diri sendiri...
macamana nak mantain penampilan kemas sepanjang hari....
kalau setiap hari kena buat keje rumah yg tak penah habis..
kena jaga anak2 kecik yg berderet...
kena basuh berak anak 3,4 kali sehari...
bla..bla...
dan yg penting juga,
jgn ingat laki je ada keinginan nak tengok bini cantik..
bini pun nak jugak tgk laki yg hensem kat rumah...
kalau laki tak suka bini perut tebal...
bini, walaupun tak kesah, tentu suka kalau perut laki juga kempis dan tidak boroi...
hehehhh...[/color]
[color=navy]So, moral of the story, nak isteri jadi cantik, kena la kuar modal cikit, si suami jangan lah jadi haji bakhil lak....[/color]
[color=navy][/color]
[color=navy]-------------------------------------------------[/color]
[color=navy][/color]
[color=navy]saya tertarik nak bertanya, kenapa tidak dicari yg cantik sahaja dari awal lagi. kenapa lepas dah beranak-pinak baru isu isteri kena cantik dipersoalkan.[/color]
[color=navy][/color]
[color=navy]nampak seperti, isteri tiada value langsung, segala pengorbanan ditolak tepi, hanya kerana tidak cantik/tidak bergaya.[/color]
[color=navy][/color]
[color=navy]memula nak letak di FD, tapi FD tu penuh isteri/pompuan, when i'm interested in guys' take on this issue. harapnye dapat berkongsi disini, so that fellow wives n ladies can take note.[/color]
[color=navy][/color]
[color=navy]much thanks peeps.
[/color] da fitrah lelaki x pernah puas dgn apa yg ada. pe2 da ketentuan ALLAH SWT baru kejap tadi dengar ceramah boss...
masa jadi bini... nampak buruk je....
pastu di ceraikan....
lepas tu bekas bini kawin dengan orang lain...
baru la nampak pompuan tu cantik.... dah gila talak pulak..
tu tandanya orang tak bersyukur..... [quote]da fitrah lelaki x pernah puas dgn apa yg ada. pe2 da ketentuan ALLAH SWT
[size=2][color=#999999]masuco Post at 1-3-2010 13:15[/color] [url=http://mforum5.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=37002448&ptid=470022][img]http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]
katanya lelaki akal 9, takkan benda cam ni pun diletakkan atas label 'dah fitrah lelaki'. ini tanda2 org tak bersyukur..... igt die je jemu tgk bini die??? bini die jemu tgk die ...die sedar tak??? nafkah pon tak mampu nak bagi....harta pon tak seberapa....pandai plak nak affair2...kalo betina affair di tu bunting??? sape nak jage?? bini yg buruk ni jugak la??? hey pehlis la...lelaki mcm ni...g amik fasakh je.....tak gune jadi jantan...dayus...makan hasil bini..lepas tu menabur kat betina sundal lain....
aku tau tak sume lelaki camtu....tapi ygu segelintir kecil ni lah yg buat jadi huru hara... nak bini kuku cantik...carikan org gaji....
nak bini body cantik...hantar gym/spa....
nak bini melaram...belikan baju....and bawak g butik2 rizalman ke jimmmy choo ke zang toi..
beranak pandai lepas tu taknak tolong jage.....pigidah!!!!! lepas tu nak compare2 lak....
halo...!!! kalo setakat duit kete pon tak mampu bayar...jgn poyo lebih2 la..... bukan la.... tu sebenarnye fikiran diracuni yahudi zionis....
cube la tengok zaman zaman atok atok nenek nenek kite mase zaman dulu dulu mase takde pengaruh racun minda zionis ni, mane ade tengok pompuan pompuan cantik.. semua pakat tengok hati budi... kalau pnadai masak, ambik ati orang tua, pandai jaga anak dan jaga nama laki, orang dulu memang tak kisah pun rupe luaran... cantik tu merupakan bonus bukan keutamaan...
tak dinafikan hati lelaki bergetar bile berhadapan dengan pompuan cantik, tapi kalau fikiran tu bersih, tak diracuni, bende ni takkan jadi masalah kepada rumah tangga... hakikat yang sangat pedih untuk diterima oleh kaum wanita... :L apa-apa hal isteri juga yang bersalah... cantik pun salah tak cantik pun salah. aku tk penah jumper n tengok pompuan secantik isteri aku.. takperla, wahai isteri budiman...
awak ikhlas urus rumahtangga, dapat pahala...
yg suami awak tu biarkan ajela...
karang die kawen ngn gf hot die tu, barula die merasa...
"bini aku ni pandai mekap je, masak malas"
"bini aku ni berkira betul nak beli brg dapur, tapi beli mekap MAC die yg beratus tu takpe"
"bini aku ni asik ckp sal fashion aje, takder punckp sal pkembangan anak2....anak2 fist day masuk tadika, blaja apa"
"bini aku ni maintenance tinggi la...asik minta duit dok shopping ajee....nak anta p gym la(nak slimkan blk body pas bersalin)...fesyen baju ngetop cam artis(yela, nak suh laki lain jeling tgk die, kasi jeles)... melawaaaa je kejeee diee.....tapi kat umah,umah beselerak"...
hahaha...
karang die marasa laaa....
"jauhnye beza ngn bini aku dulu...wpun die x cantik, tp die jd isteri yg baik....tutup aurat, hormat, sayang anak2..ikhlas dlm setiap perbuatan...bini aku ni kalau g grooming, cantik gaakkk...."
hehehe....
perkahwinan utk mdapat keredhaaan Ilahi.... [b] [url=http://mforum1.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=37002989&ptid=470022]10#[/url] [i]sump81[/i] [/b]
:lol: tak boleh bla la ayat ko sedihnya baca kisah ni~~:(
tapi...isteri mmg la kene buat sesuatu utk menarik perhatian suami...
seperti gak sebelum kawin..pegi dating pakai cantik2..
isteri wajib menjaga penampilan yg menarik dihadapan suami...
tapi...cara suami ni pun salah..
tidak menegur..tapi buat maksiat di luar..hanya ikut nafsu..
pd salju...dua2 pihak perlu diperbetulkan~~~:)
kisah2 camni..jdkan sbg teladan ye~~
harap salju jugak ambil iktibar....walaupun xde suami..huhu [quote]bukan la.... tu sebenarnye fikiran diracuni yahudi zionis....
cube la tengok zaman zaman atok atok nenek nenek kite mase zaman dulu dulu mase takde pengaruh racun minda zionis ni, mane ade tengok pom ...
[size=2][color=#999999]pawangBuaya Post at 1-3-2010 13:40[/color] [url=http://mforum5.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=37002911&ptid=470022][img]http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]
aku boleh terima la, kalau hati bergetar sebab appreciate one'e beauty.
mmg lah manusia ni suka yg cantik.
ada one study aku tgk kat nat geo, depa buat study kat baby as young as 6 months old. baby tu lagi suka tgk gambar cindy crawford drp some not so cantik person.
cuma, yg aku banyak tak suka, bila issue cantik ni buat ***** suami pulak yg bergetar kat tempat2 yg tak sepatutnye.
en. pawang, globalization at its worst kah - pengaruh media yg terlampau atau iman yg dangkal? [quote]takperla, wahai isteri budiman...
awak ikhlas urus rumahtangga, dapat pahala...
yg suami awak tu biarkan ajela...
karang die kawen ngn gf hot die tu, barula die merasa...
"bini aku ni pand ...
[size=2][color=#999999]hazryka Post at 1-3-2010 13:57[/color] [url=http://mforum5.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=37003333&ptid=470022][img]http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]
the grass is always greener on the other side.
tiger wood can vouch for this ek? nak pempuan yg cantek2... hbs yg dia tu hensem ke??? ermm.. cantek ni kan cuma luaran jer.. aduiii... pening2... kalau kerja pangkat besar tk aperlah nk kata isteri dia mcm2, ni bini dia jugak yg byr itu ini...byk songeh plak.. tp hakikatnya mmg ada lelaki camnie... jenis tk sedar diri tu diuntung... nak pompuan cantek2... cantekkan lah bini dia dulu.. penuhkan poket tu dulu.. dah ada benda yg halal depan mata..zina jugak yg dicari... ntahlahhh weyy... siannya laa..org tak cantik suami akal pendek... kalau dh tau bini tak
cantik, bg duit kt bini buat grooming..
ni bini yg tanggung perbelanjaan umah
sampai tak cukup utk dia grooming
diri sendiri..
- SILA BACA KOMEN KOMEN LAIN DI LINK INI
SUMBER: http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-470022.html
No comments:
Post a Comment