Sunday, March 18, 2012

ALAHAI...MUDAHNYA ISTERI DAPAT PAHALA..

Untuk perempuan, wanita, isteri sila baca please :]

Assalamualaikum. Mari kita mengingatkan diri sendiri. Untuk kaum perempuan terutamanya. I baca buku ni dan I sangat suka dengan buku ni. Saja I nak share dengan semua. Semoga kita mendapat petunjuk dari-Nya :)

Antara wasiat Rasullullah S.A.W kepada puterinya Fatimah Az-Zahra' :
  • Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak2 nya, pasti Allah menetapkan kebaikan baginya bagi setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
  • Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak2 nya, nescaya Allah menjadikan dirinya neraka tujuh tabir pemisah.
  • Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak2 nya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kausar pada hari kiamat kelak.
  • Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
  • Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga, Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus beribadah haji dan umrah.
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggutnya dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat.
Ingat yer para wanita sekalian, seorang isteri yang meniggalkan tempat tidur dari suaminya, maka dia akan dilaknat oleh malaikat hingga ke pagi. Best kan baca buku ilmiah cenggini.

Next post I blog pulak pasal wasiat Rasulullah S.A.W kepada Sayidina Ali. Kaum lelaki pulak baca please! :D

SUMBER:http://leverremustard.blogspot.com/2012/03/untuk-perempuan-wanita-isteri-sila-baca.html

1 comment:

  1. salam...ya allah ya rahman ya rahim...indahnya hidup ini..bergitu mudah untuk kita para isteri mendapatkan pahala yg tak terhingga tapi ..tak mudah juga untuk kita melaksanakannya..terima kasih kerana berkongsi ..silalah join blog saya ya..

    ReplyDelete