Wednesday, March 2, 2011

Punca Wanita Cepat Tua dan Gemuk! -lucu tapi benar

1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tapi kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.

Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri korang takde, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia, nescaya hidup korang akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan..


sumber:http://selangor2u.com/blog/tahukah-anda/punca-wanita-cepat-tua-dan-gemuk/

kisah teladan: bahaya BERLETER

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq". "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena.

Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam". "Itu saja ke haji?" "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana". Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.

" Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.

Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.

Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter.

Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.

Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?". "Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang.

Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali.

Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.

" Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!" Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain.

Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Hah...moral of the story...jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!! positif: Susah gak kalau bini takde, ko nak berleter, berleterlah!

SUMBER: http://sifuzams.blogspot.com/2009/03/kisah-teladan-suami-dan-isteri.html

Friday, February 11, 2011

25 Sebab Suami Marah Pada Isteri

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak ”

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya….dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..

sumber:http://berita-harian-online.com/25-sebab-suami-marah-pada-isteri/

Petua Tawan Hati Isteri

1. Ajak isteri berjalan-jalan – apakata anda cari masa di waktu hujung minggu untuk membawa isteri berjalan-jalan atau bersiar-siar ke tempat yang dia tak pernah pegi. Tak semestinya kena pi ke pusat-pusat peranginan (boleh kalau nak bawak pun tapi kena ada bajet yg kaw-kaw la:-)) tapi memadailah kalau anda just bawa isteri tersayang ke Genting Highlands ke, ataupun Nilai 3, atau just pegi berjalan-jalan tepi pantai ker.. :-). Bak kata orang, ko bawak je la dia ke mana-mana dia nak pi…asal dia suka dan boleh enjoy..

waa....bestnyer amek angin tepi pantai!

2. Masak untuk si dia – you all tau tak yang semua isteri sangat suka kalau si suami dapat meluangkan masa untuk memasak untuknya. Jangan silap faham pulak, bukan nak suruh suami yang penat2 balik kije terus masak. Memadailah kalau korang rajin-rajinkan diri di dapur misalnya pada hari hujung minggu, atau buat special dinner treat untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan dsb. Walaupun sesetengah daripada kaum lelaki tak reti atau tak suka memasak, tapi kalau korang berusaha jugak untuk memasak demi wanita yang dicintai, mereka pasti berasa terharu dan kagum dengan usaha anda…!

3. Bisikkan kata-kata cinta – isteri sebenarnya sangat suka mendengar suaminya mengucapkan kata-kata sayang dan cinta padanya. Some women juga mudah berasa ghairah apabila mendengar kata2 romantik itu (apabila kena pada masa dan tempat yang sesuai la). Tapi awas, kalau anda bukan jenis romantik dan tak pernah ucapkan kata-kata cinta, isteri anda mungkin akan fikir “Aikk… nape pulak dengan laki aku nih? Buang tabiat ke hapa..?”…hoho. So, suami mestilah belajar untuk jadi seorang yang romantik sejak dari awal usia perkahwinan lagi… ;-)

Whisper_in_her_ear

4. Manjakan isteri – mengikut kemahuan dan naluri isteri anda. Sejurus selepas berkahwin, si suami kena belajar mengenali atau memahami sikap isterinya. Selidik apa kegemaran atau kesukaan isteri anda. Kalau si dia suka pegi shopping, korang temankanlah dia (walaupun sekadar menunggu di dalam kereta:-)). Dan satu lagi, wanita suka dimanjakan dengan memberi mereka hadiah. Kaum lelaki harus tahu bahawa rata-ratanya wanita memang minat pada handbag, perfume, alat-alat kosmetik, barang kemas dan lain-lain. Tapi, sebenarnya wanita nie tak kisah sangat apa barang yang you all beri kat dia asalkan niat tu ada. Contohnya anda boleh jer manjakan isteri anda dengan memberinya coklat ataupun bunga. Tak payah nak tunggu Birthday ataupun Anniversary. Tapi ada satu jenis bunga nie yang tak patut sangat diberi sebagai hadiah, contohnya, “Dalam banyak-banyak bunga yang wangi di dalam dunia nie, abang belikan ayang bunga tahi ayam??!” – Tak patut…tak patut….

Aww....lovely flowers!

5. Rajinkan memberi sentuhan atau belaian mesra – banyakkan memberi pelukan mesra (tips nie khas untuk mereka yang bergelar suami isteri je tau :-p). Walaupun dah berpuluh-puluh tahun kahwin, janganlah lokek memberi pelukan yer kerana sentuhan ini mampu mengeratkan lagi hubungan mesra di antara suami isteri. Satu info menarik: menurut kajian yang telah dilakukan, peluk isteri selama 10 saat boleh panjangkan umur suami. Cayalah! Apa lagi yang ditunggu-tunggu… balik kije hari nie terus dapatkan isteri anda dan peluk dia lama-lama…huhu :-)

Happy couple!

6. Senyum selalu - isteri mana yang tak suka melihat senyuman suaminya? Kalau hati tengah menggelegak sekalipun, tengok jer suami yang sedang tersenyum simpul (mungkin) sedikit sebanyak dapat meredakan api kemarahan… :-)

Aww.... I just cair tengok u senyum...!

7. Beri tumpuan semasa isteri tengah bercakap - kalau sibuk duk main game ker ataupun tengah khusyuk tengok bola, harap anda boleh …sensiviti telinga ada untuk mendengar isteri anda bercakap. Takkan si dia nak bercakap dengan dinding plak kan? jangan pulak sebelum kahwin anda melayan kekasih bak seorang puteri raja..kemudian lepas kahwin, isteri cakap apa2, buat2 tak dengar pulak..

8. Beri pujian ikhlas – satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki selepas berkahwin ialah malas nak bagi compliment untuk isteri. Kalau ada lelaki lain beri pujian untuk isterinya, time tu la dia akan berasa jealous yg amat. Sebenarnya, anda tak perlu pun memberi pujian setiap hari…memadailah dengan hanya mengucapkannya secara kerap. Jangan pulak anda bagi pujian yang tak sepatutnya, camnie – “Dah makin ‘gebu’ dan ‘comel’ bini abang sekarang nie. Emm… muat tak lagi dress yang abang belikan tahun lepas…?”…:-D

9. Buat lawak sekali sekala - hmm… buat lawak nie memang boleh tawan hati isteri jika kena pada tempat dan masa yang sesuai. Lihat mood isteri anda dulu bagaimana, kalau mood nya ok, buat lah apa2 lawak sekalipun untuk membuatnya ketawa. Tapi jangan pulak masa dia tengah bersedih, ko pi wat lawak.. time serious, kena serious tau…

10. Bantu dengan kerja rumah – ringan2kan tulang anda untuk membantu isteri dengan kerja rumah, tak kisahlah samada isteri bekerja ataupun tidak. Cukuplah dengan membasuh pinggan ke ataupun tolong sidai baju. Perkara yang mudah jer tu. Lakukan semasa hujung minggu pun takper. Sebenarnya isteri akan lebih sayangkan suaminya dan rasa terharu dengan pengorbanan’ yang mereka rela lakukan. Diam-diam mereka akan fikir, “Ishh… bertuah sungguh aku dapat laki camnie, dahla sibuk ngan kije, tapi boleh lagi tolong buat kerja rumah… Hehe”

hubby ku buat kije rumah?..besttt:-)

Di harap anda terhibur dengan kupasan di atas:-)

sumber:http://setelkahwin.com/blog/petua-tawan-hati-isteri/

Thursday, February 3, 2011

Nasihat Perkahwinan Terbaik Pernah Saya Dapat

Nasihat perkahwinan terbaik saya dapat daripada pakcik2 saya. Saya amat menyayangi mereka dengan nasihat yang tulus dari hati dan sound depan-depan, bukan cakap2 belakang. Gitew~

Sebelum saya menikah saya pernah meluahkan perasaan kepada Pakcik saya, A P, bahawasanya saya ada rasa semacam… biasalah seorang perempuan yang di ambang nak jadi isteri orang ada rasa macam ‘semacam’ sikit. Kecuali, mungkin mereka yang benar2 dah sabar nak menikah takkan fikir bendalain kecuali cepat-cepat kahwin (jgn marah~).

A P berkata kepada saya “Kita tak boleh nak dapat semua yang sempurna dan bagus2 saja. Jangan pandang pada kelemahan pasangan kita, tapi pandanglah pada kelebihannya. Walaupun dia tak romentik ke, tapi dia tak pukul2 anak isteri. Walaupun dia kat rumah asik tido je ke tak tolong buat kerja umah, sekurang2nya dia takde keluar melepak di kedai kopi (sekarang coffee house atau kopitiam plak). Walaupun dia tak berapa caring, tapi dia pun tak caring pada pompuan lain kat luar sana. Terimalah seadanya dia & bersyukurlah dia ada dan boleh menjadikan awak seorang perempuan yang berkahwin”.

Nasihat A P memang sentiasa terpahat di hati saya. Walaupun kadang2 memang kena komplen, eh, bukan komplen tapi bagi feedback, tapi selebihnya ialah meraikan perbezaan. Celebrating difference bak kata Stephen Coveys tu. Kita pun ada banyak keburukan jugak. Dia pun sama macam kita, saling bersabar dengan karenah pasangan.

Bila rasa pasangan hidup kita tak memuaskan hati kita, renung2kanlah nasib orang lain yang lebih teruk adanya.

Sekurang-kurangnya kita ada pasangan hidup. Kat luar sana ramai yang hidup single dan solo.
Sekurang2nya pasangan hidup kita peduli pasal kita. Kat luar sana ramai pasangan hidupnya peduli pasal orang lain dari anak isteri sendiri.
Sekurang2nya pasangan kita ada kat rumah. Kat luar sana ramai yang pasangan hidupnya keluar tak balik2.
Sekurang2nya pasangan kita bercakap2 juga dengan kita. Kat luar sana ramai yang pasangan hidupnya haram tak bercakap dengan isteri tapi dengan pompuan lain mengekek2 di telefon.
Sekurang2nya pasangan kita hormat pada kita. Kat luar sana ramai yang pasangan hidupnya layan dia macam hamba abdi.

Bersyukur atas kurniaan-Nya. Mendapat pasangan hidup adalah antara tanda2 kebesaran-Nya

sumber:http://mysuperkids.net/nasihat-perkahwinan-terbaik-pernah-saya-dapat/

Saturday, January 29, 2011

10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA

10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA


"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar

sumber:http://groups.yahoo.com/group/ingatan/message/10203

Friday, January 7, 2011

Di Sebalik debar Malam Pertama

Di Sebalik debar Malam Pertama


Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yg selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain,kini benar-benar akan mereka alami sendiri.

Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama .Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama .

Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna,dlm debar mereka biasanya tidak sabar utk mengalami sendiri peristiwa yg akan diingati seumur hidup.Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yg sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dgn penuh nikmat, beberapa perkara harus diberi perhatian.


Persiapan Fizikal

Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda utk menghadapi malam pertama. Khususnya kaum wanita.Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangn awal utk persiapan hari perkhawinan.

Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan,sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

Persiapan Mental

Bagaimana dgn persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia utk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimal kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru.

Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yg bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?

Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yg perlu dipelajari lebih lanjut.Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut.

Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yg memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan utk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yg berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yg lebih lama.sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif

Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yg sensitive terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri utk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tantu jauh lebih mudah,bukan?

Jangan Makan Berlebihan

Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah

Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri.Untuk itu,pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yg ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya

PETIKAN: http://www.srikasih.co.cc/2008/07/di-sebalik-debar-malam-pertama.html